Saturday, April 24, 2010

Wahyu Allah Kepada Lebah

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 68-69 maksudnya:

Maksudnya:
68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.
69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.



Berdasarkan ayat 68 dan 69 surah An-Nahl, Allah Taala mengilhamkan kepada lebah untuk membina sarang-sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan. Perkataan ittikhzi yang bermaksud ambil (perkataan perintah kepada betina). Dalam ayat 69 pula perkataan kuli yang bermaksud makan (perintah kepada betina), fasluki yang (bermaksud ikutilah (perkataan perintah kepada betina pihak kedua), rabbiki bermaksud tuhan kamu (perkataan milik betina pihak kedua), butuniha bermaksud abdomennya (perkataan milik bagi betina pihak ketiga).
Perkataan muannath (perkataan-perkataan yang menunjukkan individu betina) yang digunakan dalam ayat-ayat ini seolah-olah satu kiasan yang menunjukkan bahawa lebah yang membuat sarang dan mencari madu adalah lebah betina. Menurut kajian dalam entimologi lebah yang membina sarang dan mencari madu adalah lebah betina. Lebah jantan mempunyai tugas-tugas yang lain. (Arip Kasmo:2007)
Jika diperhatikan pada lafaz (اتخذي) yang ditujukan kepada lebah adalah bentuk mu’annath. Inisesuai dengan keadaan yang berlaku dalam kerajaan lebah (kumpulan lebah) dan sesuai pla dengan kehidupannya. Hal ini kerana kerajaan lebah dipimpin betina, dan bilangan leba jantannya jauh lebih kecil daripada bilangan betinanya. Di lihat dari segi lain, peranan jantan dalam kerajaan lebah terhad sekali, hanya sekadar memberi keturunan kepada betina. Apabila tugas ini selesai, lalu semuanya mati dan tidak ada yang tinggal kecuali betina sahaja, iaitu Ratu dan pekerja betina.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com