Saturday, April 24, 2010

KEHIDUPAN LEBAH

Lebah madu mempunyai kelompok yang elit dan peraturan yang luar biasa. Tempat mereka menjalinkan hubungan sesama mereka dinamakan sarang. Di dalam sarang inilah tinggalnya sekumpulan lebah pekerja yang jumlahnya puluhan ribu-terkadang hingga ratusan ribu-dan seratus jantan yang diketuai seekor raja betina.

Sarang lebah biasanya tersusun dari setompok indung madu seperti lilin, tersembunyi di pokok-pokok kayu atau di dalam kotak-kotak atau di tempat-tempat yang tertinggal. Lebah membuat indung-indung madu dari lilin yang keluar dari kelenjar yang berbentuk lilin yang mana terdapat dalam perutnya. Warna lilin itu ketika keluar adalah putih, kemudian berubah menjadi coklat dan seterusnya menjadi hitam.Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan lebah ini, perbincangan seterusnya adalah berkisar mengenai lebah mengikut kategori tertentu iaitu raja betina lebah, lebah jantan dan lebah pekerja.

a) Raja lebah betina

Raja lebah adalah betina yang hamil. Tugasnya dalam hidup ialah untuk bertelur. Selain itu, ia juga mempunyai tugas lain yang sangat penting, iaitu mengatur pembantu-pembantu dansemua urusan di dalam sarang lebah. Tubuhnya pula lebih besar dan panjangnya dua kali panjang lebah pembantu. Dari segi pemakanannya cukup istimewa yakni bahan yang dikeluarkan lebah pekerja dari kerongkongannya yang berupa kelenjar, dan kadang-kadang ditambah dengan air ludahnya.

b) Lebah jantan

Lebah jantan memiliki tubuh yang paling besar dalam golongan lebah, yakni selain rajanya. Lebah jantan tidak mempunyai alat penyengat untuk mempertahankan dirinya. Tugas lebah jantan adalah mengahwini raja. Lebah-lebah jantan biasanya menghabiskan musim bunga dan musim panas di dalam sarang. Mereka hanya memakan madu yang sudah dikumpulkan oleh para pekerja. Namun begitu pada musim gugur, lebah pekerja mulai enggan memberi mereka makan dan melepaskan diri dari lebah jantan, malah mereka mengusir lebah jantan dari sarang. Lebah-lebah jantan tersebut pun meninggalkan sarang hingga mereka kelaparan, mati kedinginan atau menjadi mangsa binatang lain.

c) Lebah pekerja

Lebah pekerja ini adalah betina, Cuma alat peranakkannya tidak sempurna dan ia dilahirkan daritelur yang tidak dikahwinkan.Ia tidak dapat berkahwin, tetapi kadang-kadang ia bertelur, dan telur ini hanya menghasilkan lebah-lebah jantan. Ukuran badan lebah pekerja merupakan paling kecil berbanding dengan raja dan lebah jantan,tetapi jumlah lebah pekerja jauh lebih banyak daripada yang lainnya.

Lebah pekerja mempunyai kebolehan mengumpulkan polen dan juga manisan tumbuh-tumbuhan. Manisan ini dikumpulkan dan disimpan dalam bahagian saluran makanan yang dinamakan sebagai ”perut madu”. Polen-polen pula dimampatkan menjadi untilan-untilan kecil dan diletakkan di kaki belakang. Dengan mencapurkan manisan tumbuhan dengan enzim-enzim daripada air liur lebah, enzim-enzim ini mengubah secara kimia gula yang terdapat di dalam manisan dan dengan menyejatkan air yang berlebihan daripada 90% kandungan air kepada hanya 20% kandungan air, maka manisan tersebut ditukar menjadi madu.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com