Saturday, April 24, 2010

RASIONAL PEMILIHAN TERHADAP KAJIAN LEBAH MADU

Projek sains kehidupan berkaitan keusahawanan ini mengkehendaki penyelidik memilih tajuk beserta jenis bidang keusahawanan yang dimajukan oleh pengusaha tertentu. Hasilnya penyelidik telah memilih tajuk kajian berkaitan perusahaan lebah madu. Di ruangan ini penyelldik akan menyatakan rasional pemilihan tajuk kajian ini. Berikut adalah penjelasan mengenainya:

1. Tahap Potensi Lebah Madu dan Keupayaannya Berkembang Maju

Lebah madu antara jenis perusahaan yang mempunyai tahap potensi yang begitu baik dan keupayaannya untuk berkembang maju dengan lebih jauh lagi. Memandangkan pelbagai manfaat yang dapat diambil dari lebah madu ini, seseorang usahawan yang kreatif dan inovatif akan mencipta pelbagai keluaran berasaskan lebah madu sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Mr. Ong Kang Peng berdasarkan ilmu pengetahuan beliau yang digunakan sebaik mungkin.

Melalui penyelidikan yang dijalankan, ilmu pengetahuan tentang perusahaan lebah madu sedikit sebanyak membuka fikiran penyelidik untuk berpandangan lebih jauh dan ke depan. Jika sebelum ini skop pemikiran penyelidik agak sempit yang mana membatakan kajian terhadap madu lebah semata-mata, namun begitu setelah melalui kajian di tempat tersebut,penyelidik mula menyedari bahawa bukan madu sahaja yang boleh diambil manfaat dari lebah bahkan pelbagai manfaat lain boleh digunakan seperti propolis, debunga lebah, lilin lebah, bisa lebah, larva lebah den lain-lain lagi. Kesemuanya itu boleh dimanfaatkan dalam penciptaaan produk yang mempunyai khasiat tersendiri.


2. Modal dan Kos Perbelanjaan Tidak Terlalu Tinggi


Sebelum penyelidik membuat keputusan menjalankan kajian terhadap perusahaan lebah madu ini, terlebih dahulu hal yang berkaitan modal dan kos perbelanjaan dibahaskan dalam sesi pebimcangan. Berdasarkan maklumat yang diperolehi mealalui seorang rakan, penyelidik dimaklumkan jumlah modal yang digunakan beserta kos perbelanjaan untuk perusahaan lebah madu tidak terlalu mahal.
Maklumat yang penyelidik perolehi daripada rakan tersebut adalah betul dan tepat yang mana modalnya tidaklah terlalu mahal. Buktinya hasil temubual penyelidik dengan pengusaha, didapat modal yang beliau hanya gunakan pada peringkat permulaan hanya RM200 sahaja.
Dilihat dari segi kos perbelanjaan pula, perusahaan lebah madu ini menggunakan alat-alatan yang tidak membabitkan kos yang tinnggi. Contohnya harga bagi sebua hive antara RM45-50 sahaja manakala pengusaha tidak perlu menanggung kos pemakanan lebah berbanding sesetengah jenis haiwan lain yang diunakan bagi tujuan keusahawanan. Hal ini kerana lebah mencari dan mendapatkan makanannya sendiri.



c) Meneroka Lebih Jauh Rahsia diSebalik Penciptaan Lebah

Pelbagai hikmat dan rahsia di sebalik penciptaan lebah yang memberi input berguna kepada penyelidik. Penyelidik dapat melihat sendiri kehebatan Allah yang menciptakan lebah ini untu manfaat manusia terutamanya hikmat pencipaan lebah ini boleh dijadikan ubat untuk kesihatan tubuh badan manusia.

d) Permintaan Masyarakat yang Memberansangkan


Permintaan dari masyarakat terhadap sesuatu produk keluaran yang dimajukan oleh seseorang pengusaha menjadi titik tolak kemajuan dalam perusahaan yang dijalankan. Begitu juga dalam perusahaan lebah madu ini turut tidak ketinggalan menjadi permintaaan dan kegunaan masyarakat. Hal ini kerana keupayaan keluaran berasaskan lebah madu ini terutamanya madu lebah terhadap kesihatan manusia yang bertindak sebagai ubat yang terkenal dengan kemujarabannya dalam penyembuhan penyakit dengan keizinan dari Allah.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com