Saturday, April 24, 2010

PERBINCANGAN TENTANG MADU LEBAH

Sumber Penghasilan Madu Lebah

Madu dihasilkan apabila lebah mengutip nektar daripada bunga dan kemudian disimpan dalam kantung madu di bahagian perutnya (honey stomach). Setelah pulang ke sarang, nektar tadi diserahkan kepada lebah madu yang lain untuk proses seterusnya iaitu menukar nektar menjadi madu. Madu yang dihasilkan kemudiannya disimpan dalam petak madu (honeycombs). Madu itu juga menjadi sumber makanan bagi lebah-lebah itu sendiri dan larva-larva muda. Madu dari satu jenis sumber bunga dikenali sebagai ”MONOFLORAL”, manakala madu dari beberapa jenis sumber bunga pula dikenali sebagai ”MULTIFLORAL”.

Berubat Dengan Madu

Di dalam al-Quran,Allah menyebutkan yang bermaksud; ” Pada madu lebah itu terdapat ubat bagi manusia.” Ini adalah kata-kata Allah Taala yakni Tuhan yang Maha Mencipta dan Menyembuhkan. Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Sedangkan al-Quran tidak mengandungi sesuatu yang batil, sama ada dari depan begitu juga dari belakang.

Ayat al-Quran ini telah diperincikan oleh Nabi s.a.w melalui sunnahnya yang telah menerangi jalan orang-orang Islam dalam kebenaran.
Rasulullah s.a.w bersabda:
” Jika dalam ubat-ubatan kamu terdapat yang baik atau masih ada padanya yang baik. Yang baik itu ada pada minum madu, berbekam atau membakar dengan api. Dan aku tidak suka membakar dengan api.”

Berikut adalah penyakit-penyakit yang disembuhkan dengan menggunakan madu lebah:

a) Penyakit mata
Madu dapat menyembuhkan penyakit mata termasuklah selaput mata terdinding, bengkak pada pelupuk mata sebelah dalam, dan sebagainya.

b) Penyakit Kulit
Antara penyakit kulit yang dapat diubati menggunakan madu adalah kulit terbakar,jerawat, gatal-gatal dan luka, kurap berpanjangan, bisul.

c) Penyakit Hidung, Telinga dan Kerongkongan
Caranya adalah dengan memasukkan madu tersebut ke dalam hidung.

d) Penyakit Paru-paru
Ibnu Sina menasihatkan agar orang-orang yang baru diserang penyakit paru-paru supaya meminum madu lebah yang sudah dicampur dengan air dan dedaunan bungaan mawar. Ubat ini akan memberi khasiat yang baik jika diminum pagi-pagi atau sebelum zohor.

e) Penyakit Jantung
Ibnu Sina menganngap madu sebagai ubat mujarab untuk mengubati penyakit jantung, dan menganjurkan orang yang sakit jantung meminum madu dengan delima setiap hari. Eksperimen-eksperimen terbaru menyokong anjuran dan nasihat Ibnu Sina itu.

f) Ubat Sakit Mulut
Dr. Zhafir Ahmad al-Attar berkata di Sepanyol mereka menggunakan madu lebah yang sudah dibentuk menjadi ubat untuk menyembuhkan penyakit-penyakit mulut. Ubat-ubat itu dijual difarmasi dengan nama Melrosina, kandungan ubat ini 20% dari madu asli yang bersih.

g)Pengidap kencing manis (Diabetis)
Menstabilkan kandungan gula dalam darah.



Khasiat Madu Lebah

Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat terutamanya untuk kesihatan tubuh badan. Jka di lihat dari segi khasiat yang diperoleh dari madu lebah ini menunjukkan ianya sesuai untuk setiap peringkat umur termasuklah bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua.

1)Mengembalikan kekuatan tubuh
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
2) Membersih dan menambah darah
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Bayi/kanak-kanak
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


4. Remaja
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

5. Wanita
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

6. Lelaki
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
7. Untuk kegunaan semua
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

8. Ibu mengandung
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

9. Anak dalam kandungan
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

10. Bagi bayi yang baru lahir
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.

11. Bagi ibu selepas melahirkan anak.

1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com