Saturday, April 24, 2010

RENUNGAN TATACARA HIDUP LEBAH

Penemuan-penemuan terbaru dalam ilmu tingkah laku lebah menolong kita untuk memahami tujuan di sebalik ungkapan-ungkapan al-Quran, termasuklah firman Allah Taala ayat 69 surah An-Nahl.

Sesungguhnya lebah dapat mengetahui tempat-tempat yang padanya terdapat makanannya. Dan tempat itu kadang-kadang sampai lima kilometer dari sarangnya. Kemudian ia kembali ke sarangnya dengan menggunakan pandangan, daya penciuman dan kesanggupannya yang terbatas untuk membezakan warna. Seterusnya lebah membiasakan dirinya mengumpul air madu dan benih biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan.

Perkara yang menghairankan ialah lebah dapat saling memahami teman-temannya yang ada di sarang lebah yang sama. Lebah boleh memberitahu kepada teman-temannya di mana ada sumber makanan dengan terbang ke arah itu, yakni menjadikan satu arah tertentu pada waktu bergerak dengan gerakan yang menyerupai tarian. Tarian lebah pula mempunyai hubungan erat dengan penentuan jarak sumber makanan itu dengan sarang. Jika sumber makanan itu dekat (kurang dari 100 meter), lebah itu membuat tarian yang melingkar.

Sekiranya jarak itu lebih dari seratus meter, lebah itu membuat tarian, iaitu menggoyangkan-goyangkan belakangnya membuat pusingan ke kanan atau ke kiri.Kemudian dengan secepatnya ia berlari ke garis tengah (semula) dengan meggerakkan perutnya kepada dua arah tersebut. Setelah itu lebah tadi melakukan setengah pusingan ke arah yang lain, lalu kembali ke tempatnya semula (ke tengah).

Seterusnya setiap kali bertambah jauh jarak sumber makanan itu, bertambah panjang pula jarak berlari di garis tengah (garis lurus) dan juga bertambah banyak hitungan gerakan perut padanya dan berkurang pusingan yang dilakukannya ke kanan dan ke kiri. Hitungan menggoyang-goyangkan perut dan kecepatan melakukan tarian itu antara jarak jauh dengan dekat. Bahkan maklumat yang diberikan tarian lebah menunjukkan kesungguhan masa yang diperlukan untuk sampai kepada sumber makanan itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com