Saturday, April 24, 2010

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Tidak dinafikan penglibatan dalam bidang keusahawanan ini merupakan kerjaya yang menjadi cita-cita individu tertentu memandangkan potensinya untuk berkembang maju lebih-lebih lagi sekiranya ia membawa keuntungan yang lumayan. Justeru dalam memperlengkap penyelidik dalam meneroka dan menyahut cabaran dalam bidang keusahawanan ini, maka pendedahan ilmu tentangnya perlu ditingkatkan sebaik mungkin.

Kajian yang di lakukan adalah berfokus kepada bidang keusahawanan lebah madu yang mana kajian ini ke atas usahawan lebah madu yang dimajukan oleh seorang pengusaha berbangsa Cina iaitu Ong Kang Peng di Melaka. Penyelidik menggunakan peluang dalam perlaksanaan kajian ini meyelami bagaimana kehidupan seorang usahawa dan tatacara perusahaan lebah madu yang dimajukan.

Objektif kajian

1) Mengetahui dan mendalami selok belok bidang keusahawanan lebah madu melalui penyelidikan yang dijalankan dari segi cara penternakan hingga ke pemprosesannya.
2) Mengenalpasti tatacara urus niaga perniagaan yan terlibat dalam perusahaan lebah madu ini merangkumi pengurusan kewangan yang membabitkan modal, kos perbelanjaan, keuntungan dan lain-lain lagi yang berkaitan.
3) Mengenal pasti tentang tahap potensi lebah madu dan pasarannya.

Batasan Kajian
Skop kajian ini memfokuskan terhadap tatatacara selok belok keusahawanan lebaha madu. Kajian ini terbatas kepada kepada perusahaan lebah madu yang dijalankan oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang dikenali sebahgai Mr. Ong Kang Peng. Kajian ini juga terbatas di dua buah tempat iaitu Muzium Lebah Sedunia yang terletak di Ayer Keroh elaka dan juga ladang ternakan milik pengusaha sendiri yang terletak di Bukit Katil, Melaka.

Kepentingan Kajian

Pertumbuhan usahawan semakain hari,kian meningkat di Malaysia mengikut jenis bidang keusahawanan yang diceburi. Kajian ini begitu penting dalam memberi pendedahan kepada penyelidik ilmu baru tentang keusahawanan ini. Pengalaman yang dilalui sepanjang kajian dijalankan di tempat perusahaan lebah madu tersebut, banyak mengajar dan mematangkan cara penyelidik berfikir tentang selok elok keusahawanan lebah madu ini di samping meyelami kehidupan seorang yang bergelar usahawan.

Selain itu kajian ini juga penting, sebagai langkah persediaan awal sebelum penyelidik mnceburkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Kepentingan kajian ini juga adalah dengan menaruh harapan agar hasil kajian yang dijalankan tentang keusahawanan lebah madu ini dapat memberi manfaat kepada penyelidik sendiri dan orang lain.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com