Saturday, April 24, 2010

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan pemerhatian, di mana tujuannya mendapatkan pandangan dan maklumat daripada responden yang terdiri daripada pengusaha sendiri dan pekerja berhubung dengan perusahaan lebah madu yang dimajukan. Melalui kaedah pemerhatian, penyelidik dapat melihat sendiri cara penternakan lebah dan keluaran berasaskan lebah madu yang tidak tertumpu kepada pengeluaran madu semata-mata.

Kaedah tinjauan yang dibuat adalah berbentuk temu bual di mana penyelidik mengumpul maklumat yang utama secara lisan dari responden dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis dan rakaman video. Pengumpulan maklumat diperolehi melalui temu bual secara langsung di antara pengusaha dan pekerja berkenaan tatacara jenis perusahaan ini.

Selain itu, melalui kaedah pemerhatian, penyelidik dapat mengetahui dan merasai sendiri pengalaman cara penternakan lebah madu. Penyelidik dapat melihat secara langsung penternakan lebah yang diletakkan dalam hive (kotak penyimpanan sarang lebah) di kawasan ladang yang dimiliki pengusaha. Sambil membuat pemerhatian, penyelidik mendapatkan maklumat dengan mengemukakan soalan terus kepada responden berdasarkan pemerhatian tersebut.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com