Saturday, April 24, 2010

DAPATAN KAJIAN

1. Latar Belakang Pengusaha Lebah Madu

Nama bagi pengusaha ternakan lebah ini iaitu Ong Kang Peng. Beliau menetap di negeri Melaka dan telah membangunkan usaha niaga ini sejak tahun 1978 lagi. Penglibatan beliau dalam menceburi bidang perusahaan lebah madu ini bermula tatkala mendapat ilham dari seorang rakan yang mencadangkan beliau menjalankan perusahaan ini memandangkan keuntungan diperolehi lumayan. Kerjaya Mr. Ong Kang Peng sebelum menceburi bidang ternakan madu ini adalah seorang kontrak.
2. Latar Belakang Syarikat

a) Sejarah Syarikat

Giant B-B Town Sdn.Bhd merupakan pengeluar madu lebah yang terbesar di Malaysia. Sejak 1978, syarikat ini telah memperuntukkan dan mengorbankan banyak tenaga dalam penternakan lebah dan memperbaiki produk mereka dari semasa ke semasa. Sekarang, mereka menguruskan industri madu dengan lebih lengkap dan sempurna dari penternakan lebah ke pengekstrakan madu asli sehingga ke pembungkusan produk.
Di samping itu, syarikat mereka juga melibatkan diri dengan aktif dalam kebajikan masyarakat. Dengan itu, mereka telah menubuhkan Muzium Lebah Sedunia di Melaka untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat tentang ilmu pengetahuan dan kepentingan lebah dan madu. Muzium Lebah Sedunia dibuka sepanjang tahun dan kemasukannya adalah secara percuma sahaja.

Sejak kebelakangan ini, syarikat mereka dilawati pelbagai media termasuklah ”Radio Televisyen Malaysia”, ”Agricultural Today Magazine” dan yang terbaru, program TV Amerika Syarikat ”Fear Factor”, datang melawat dan mengambil program mereka di ladang ternakan lebah mereka. B-B Town Sdn.Bhd telah lama dikenali dengan jenamanya yang unggul dan membekalkan produk yang paling baik, berkualiti, dan produknya diakui 100% madu semulajadi.

b) Jenis-jenis Barangan Keluaran Syarikat:

i. Produk Berasaskan Lebah

Pelbagai produk berasaskan lebah yang dikeluarkan oleh syarikat antaranya:
1) Madu Asli
2) Debunga Lebah
3) Propolis
4) Krim Bisa Lebah
5) Larva Lebah
6) Lilin Lebah

ii. Produk Berasaskan Madu Lebah
1) Sarang dan madu asli
2) Madu asli 7 dalam 1
3) Madu embun
4) Madu ginseng
5) Madu halia
6) Madu cuka epal
7) Madu ginseng Amerika
8) Madu propolis
9) Madu stik
10) Madu dalam sarang
11) Minuman madu buah naga
12) Jem madu buah naga
13) Madu limau
14) Madu royal
15) Madu Super
16) Sabun Madu


iii. Produk sampingan iaitu propolis berasaskan kelulup.

Kelulup ialah sejenis binatang yang tidak merbahaya serta mampu menghasilkan madu. Namun, syarikat Giant B-B Sdn.Bhd lebih menumpukan kepada penghasilan propolis. Propolis dihasilkan daripada sarang kelulup yang mana sarangnya dibiarkan selama sebulan sebelum mendapatkan propolis.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com