Saturday, April 24, 2010

AKTIVITI LEBAH

a) Membuat indung lilin

Ketika menafsirkan ayat dari surah An-Nahl, Imam Qurtubi di petik oleh Ibn Arabi sebagai berkata: ” Hal yang menakjubkan tentang lebah ialah bahawa Allah s.w.t memberi ilham kepadanya bagaimana cara untuk membuat sarangnya dengan enam segi. Kerana semua bentuk dari tiga segi hingga sepuluh segi, apabila setiap satu daripadanya disatukan dengan yang seumpamanya, maka ia tidak bersambung dan di antranya pasti ada ruang kosong, kecuali dibuat enam segi. Enam segi akan menjadi satu bahagian dan bersambung sekiranya disatukan dengan yang seumpamanya.

Jika kita perhatikan lebah-lebah pekerja ia mengeluarkan lilin, mereka berkumpul dengan tenang dan bersatu seperti rantai di tempat yang akan dibuat indung lilin itu. Waktu itu, anggota tubuhnylah yang mencengkam dan mengeluarkan lilin itu, bekerja mengubah simpanan yang ada di dalam perut besarnya kepada lilin dan tenaga. Setelah berlalu 24 jam bermulalah pembuatan sarang tersebut.

Untuk membina indung lilin itu, lebah pekerja berdiri berhadap-hadapan antara satu sama lain barulah mereka meletak lilin itu di atas tapak indung tadi. Kemudian lilin itu dbentuk di tulang rahangnya yang sebelah atas kemudian diletakkannya lilin itu di atas tapak indung tersebut. Lebah pekerja membuat indung-indung lilin itu sesuai menurut keperluan dan menurut madu yang sudah dikumpul. Maka, jika sumber air madu sedikit, lebah pekerja berhenti mengeluarkan liin dan membina indung-indung.


b) Mengawal sarang dari penceroboh

Adapun sarang lebah sebenarnya merupakan benteng yang kukuh untuk keluarga besar lebah. Di samping itu, ia mempunyai penjaga-penjaga yang perkasa yang dipilih dari golongan lebah pekerja. Tugas penjaga ini ada yang berdiri di depan sarang itu, menghalang serangga yang tidak dikenali masuk ke dalamnya dan penjagaan lebih diperketat jika madu sudah berkurangan. Penjaga pintu akan menyiasat setiap lebah yang keluar masuk untuk memastikan tidak ada lebah pekerja yang mencuri madu.

Sekiranya seekor lebah didapati mencuri nasibnya amat malang. Hal ini kerana, beberapa lebah pekerja yang ditugaskan khas akan meyerang dan terus membunuh pencuri itu.Dan penjaga pintu itu dapat menegnalinya dengan perantararaan baunya yang ganjil dan cara terbangnya yang berlainan dari biasa.

Cara berdiri lebah pekerja amat mengagumkan. Semua berbaris di depan pintu sarang itu; berdir menggunakan keempat-empat kaki sahaja kerana kaki depan terangkat dari lantai. Tanduk-tanduk perasa lurus ke depan, tulang rahang sebelah atas terkatup, Tetapi ketika menyerang musuh tulang rahang bahagian atas terangkat dan kedua-kedua kepaknya terkembang.

c) Kebersihan sarang lebah

Lebah pekerja membersihkan sarang lebah dengan sunguh-sungguh dan dengan kemahiran yang luar biasa. Smua lubang ditutupnya, dinding di sapu dengan gam lebah. Jika tikus masuk ke dalam sarang kerana hendak mencuri madu, lebah pekerja menerkam dan menyengatnya sepantas mungkin, dan biasanya tikus itu akan mati.
Dan untuk menghindari bau busuk dari bangkai tikus itu, lebah pekerja menutupinya dengan selimut yang diperbuat dari gamm lebah hingga benar-benar tidak dimasuki udara.

d) Memasukkan udara segar ke dalam sarang

Udara dalam sarang sentiasa bersih dan terus-menerus baru dan segar, kerana lebah pekerja sentiasa memasukkan udara segar ke dalamnya. Malah mereka dapat menjaga suhu yang diperlukan sesuai menurut yang sudah ditetapkan.

Jika cuaca siang sangat panas seperti pada musim kemarau, lebah-lebah pekerja berdiri sambil berbaris di depan sarang, dan semua menghadap ke arah yang sama lalu menggerakkan sayap masing-asing dengan kuat, persis seperti kipas angin yang kita kenal dalam tamadun manusia. Kegunaannya adalah untuk memasukkan udara yang sejuk ke dalam sarang dan dari dalam sarang ada pula sekelompok lebah yang berusaha keras mengeluarkan udara panas ke luar.

Sebaiknya jika udara terlalu sejuk seperti pada musim tengkujuh, lebah-lebah pekerja pun berhimpun di atas indung-indung untuk mengurangkan udara sejuk yang datang dari bahagian atas indung-indung tersebut sekaligus untuk memperlancar makanan di dalam tubuhnya hingga udara menjadi hangat dalam kumpulan itu.


e) Mengumpul benih biji-bijian

Benih biji-bijian merupakan makanan pokok bag lebah kerana ia mengandung zat protein, zat minyak, zat gula, dan pelbagai vitamin yang dapat yang dapat membesarkan lebah-lebah remaja dan lebah pekerja yang menetas. Lebah jenis yang kuat biasanya mampu mengumpul (1 rottle=1 paund= 45gram) benih biji-bijian dalam satu musim.

Lebah pekerja menggunakan lidahnya dan tulang rahangnya ketika hinggap di bunga.Kemudian dengan tulang rahang dan lidahnya, ia memotong bunga yang mengandung benih biji-bijian lalu dijilatnya hingga lembab dan mudah melekat. Ketika terbang di calah-celah bebungaan itu, ia memindahkan semua benih biji-bijian yang melekat di kepalanya, tubuhnya dan hujung-hujung anggota tubuhnya ke dalam keranjang benih biji-bijian yang ada di kakinya yangsebelah belakang.

Apabila lebah itu sampai di sarang, ia meninggalkan benih biji-bijian yang dikumpulnya di dalam ruangan enam segi. Terkadang lebah itu menari dengan tarian khusus untuk memberitahukan lebah-lebah pekerja yang lain tentang sumber benih biji-bijian tersebut. Kemudian datanglah lebah pekerja yang lain menolakkan alat pembersih benih biji-bijian itu ke daam ruangan tersebut dengan kepalanya dan tulang rahangnya yang terkatup. Lalu, ia muliai memecahkan benih biji-bijian itu, mengaduk dan membasahinya dengan madu, air dan air liurnya.




f) Mengumpul dan menyimpan air


Lebah sangat mengambil berat soal pebekalan air. Leh itu, meeka mengumpul air dan membawanya ke dalam sarang lebah, terutama pada awal-awal musim bunga. Air itu digunakann lebah untuk keperluan yang pelbagai anatanya mencairkan madu yang kental apabilahendak dihidangkan kepada dara-dara lebah. Air juga digunakan untuk menurunkan suhu panas di dalam sarang ketika cuaca panas dan udara panas kering dan kadang-kadang berlaku pada musim kemarau. Air tersebut di ambil oleh lebah pekerja menerusi beberapa sumber antaranya dari kelembapan tanah, telaga, sungai-sungai dan lain-lain lagi.

g) Mengumpul gam lebah

Gam lebah (propolis) adalah bahan yang boleh melekat. Gam ini dikumpul oleh lebah pekerja dari kelopak tumbuh-tumbuhan dan kulit pohon-pohon tertentu. Gam itu digunakan oleh lebah untuk memperkuat indung-indung, menampal dan menutupi yang retak dan berlubang, juga untuk mempersempit pintu sarang dan menutupi bangkai binatang kecil yang mati di dalam sarang jia tidak dapat dikeluarkan. Dengan demikian, tidak ada bangkai busuk di dalam sarang lebah.

h) Mengumpul air madu

Apabila udara segar di musim panas, lebah berpindah dari satu bunga ke bunga yang lain untuk menghisap titisan-titisan air madu yang manis. Air madu yang cair dan lnak itu keluar dari kelenjar air madu yang terdapat pada bebungaan. Dan terkadang air madu terdapat di dalam tumbuh-tumbuhan yang lain (bukan bunga).Supaya lebah dapat membuat 100 gram madu, ia mesti mendatangi sejuta bunga.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com