Monday, April 12, 2010

CADANGAN

Justeru, sebagai cadangan penambahbaikkan bagi mereka yang ingin menjadi pengusaha lebah madu ini, maka bukan hanya menjadikan madu semata-mata sebagai keluaran tetapi perlu lebih kreatif menghasilkan keluaran yang pelbagai sebagaimana yang dilakukan oleh Mr.Ong. Ilmu berkaitan lebah juga perlu ditingkatkan bagi memastikan cetusan idea kreatif diadaptasi dalam bidang keusahawanan jenis ini. Namun begitu jika sasaran hanya meghasilkan madu semata-mata maka pengusaha boleh memanipulasikan madu itu dalam pelbagai jenis produk seperti sabun madu, kosmetik, minuman kesihatan, ubatan dan sebagainya.


Selain itu, pengusaha lebah madu mungkin menghadapi masalah dari segi mendapatkan kepercayaan pengguna dari segi keasliannya adakah asli 100% ataupun tidak. Justeru, apa yang perlu dilakukan bagi meyakinkan pengguna maka pengusaha ssewajarnya berusaha mendapatkan sijil pengiktirafan dari pihak kesihatan dengan tujuan meyakinkan pengguna sebagaimana perusahaaan yang dijalankanMr.Ong ini diiktiraf keasliannya oleh KKM.

Dilihat dari sudut lain pula, usahawan lebah madu bagi memastikan perusahaan yang dimajukan memberansangkan dan mendapat sambutan yang baik dari pengguna, penerimaan maklum balas dari pengguna setelah mencuba produk keluaran syarikat sendiri begitu penting. Seandainya maklum balas yang diterima adalah baik, berkemungkinan perusahaan tersebut dapat berkembang dengan lebih jauh lagi.Jika sebaliknya pula, maka pengusaha tersebut perlu mancaari titik kelemahan dan memperbetulkannya agar di lain kali produk keluaran berasaskan lebah yang digunakan penngguna mencapai tahap kepuasan yang maksimum

Pengusaha juga boleh menjalankan tempoh percubaan terhadap produk yang dihasilkan berasaskan lebah madu sama da memberi secara percuma atau dalam potongan harga kepada pengguna ataupun penggunaan boleh mengembalikan semula produk yang dihasilnya sekiranya tidak mendatangkan faedah atau kesan yang baik kepada mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 LEBAH OH LEBAH | Design : Noyod.Com